Pada dasarnya setiap sekolah mempunyai ciri-ciri persamaan antara satu sama lain, mempunyai murid, guru, pejabat, bilik darjah, kantin, padang, bilik makmal, surau dan sebagainya. Begitu juga dengan rupa fizikal sesebuah bilik darjah, yakni mempunyai bentuk dan saiz yang hampir serupa. Tetapi dalam persamaan tersebut, masih banyak perbezaan yang dapat kita lihat dan alami sendiri. Perbezaan ini turut mempengaruhi minat, motivasi dan kesediaan murid untuk belajar. Sifat sesuatu tempat dan lokasi itu banyak dipengaruhi oleh sikap individu yang berada di situ. Persekitaran kawasan dan bangunan akan kelihatan menarik dan disenangi sekiranya manusia berada di kawasan yang mengamalkan budaya sihat. Namun yang demikian, kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya yang mesra dan kondusif bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Pengenalan
12:32 |
Read User's Comments0
(1) Persekitran Bilik Darjah Mesra Budaya
12:30 |
Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan
unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata
seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.
unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata
seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.
(2) Pengurusan Persekitaran Fizikal
12:30 |
Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa, iaitu guru dan murid.
(3) Pengurusan Persekitaran Sosioemosi
12:29 |
- Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan, iaitu sosial dan emosi. Perkataan sosial merujuk ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat.
- Perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
- Emosi ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melaui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan.
- Proses perkembangan sosioemosi adalah berperingkat-peringkat dan lazimnya kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosialnya dengan mendekati pihak lain dan mula berinteraksi sebagai menjalinkan hubungan sosial.
(4) Perhubungan antara Kelompok Etnik
12:29 |
Antara pengalaman yang pasti diperoleh oleh kanak-kanak melalui persekolahan mereka adalah hubungan sosial yang mampu membina tanggungjawab kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang kuat.
(5) Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
12:28 |
Setiap guru perlu menyedari bahawa pengurusan pengajaran dan pembelajaran bukan semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mencapai hasil pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, sebaliknya guru perlu sedar hasil pembelajaran kemahiran insaniah yang sama sekali tidak boleh diabaikan.
(6) Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok
12:18 |
+ Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada
murid.
strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada
murid.
+ Penekanan diberikan kepada pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni
bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian
kebolehan dan budaya murid.
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni
bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian
kebolehan dan budaya murid.
+ Teknik dan kaedah yang boleh di gunakan seperti
yang di senaraikan dalam jadual dibawah.
yang di senaraikan dalam jadual dibawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)