(3) Pengurusan Persekitaran Sosioemosi

  • Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan, iaitu sosial dan emosi. Perkataan sosial merujuk ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat.  

  • Perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. 

  • Emosi ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melaui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. 

  • Proses perkembangan sosioemosi adalah berperingkat-peringkat dan lazimnya kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosialnya dengan mendekati pihak lain dan mula berinteraksi sebagai menjalinkan hubungan sosial. 
  





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Permainan uji minda