Pengenalan


Pada dasarnya setiap sekolah mempunyai ciri-ciri persamaan antara satu sama lain, mempunyai murid, guru, pejabat, bilik darjah, kantin, padang, bilik makmal, surau dan sebagainya. Begitu juga dengan rupa fizikal sesebuah bilik darjah, yakni mempunyai bentuk dan saiz yang hampir serupa. Tetapi dalam persamaan tersebut, masih banyak perbezaan yang dapat kita lihat dan alami sendiri. Perbezaan ini turut mempengaruhi minat, motivasi dan kesediaan murid untuk belajar. Sifat sesuatu tempat dan lokasi itu banyak dipengaruhi oleh sikap individu yang berada di situ. Persekitaran kawasan dan bangunan akan kelihatan menarik dan disenangi sekiranya manusia berada di kawasan yang mengamalkan budaya sihat. Namun yang demikian, kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya yang mesra dan kondusif bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Permainan uji minda