(9) Penilaian Berasaskan Budaya



 

Kita semua menerima hakikat bahawa kita hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai perbezaan bahasa dan budaya. Tetapi, adakah kita memberi perhatian terhadap elemen kepelbagaian budaya dalam pembinaan item peperiksaan dan penilaian? Kita telah banyak membincangkan suasana negara kita yang mempunyai pelbagai etnik dan kepelbagaian ini adalah suatu yang unik dan Malaysia mempunyai keistimewaan kerana mempunyai rakyat yang memiliki pelbagai budaya dan adat resam. Sebagai seorang guru, renungkan tindakan dalam merancangkan penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik serta aspek-aspek yang perlu diambil kira semasa menyediakan ujian. 

 


  • Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. 

  • Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. 

  • Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada.

  • Penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Permainan uji minda