Dalam topik ini kami telah mempelajari konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya yang bukan sahaja bergantung pada pewujudan persekitaran fizikalnya sahaja, manakala turut mengutamakan penyediaan ruang yang membolehkan emosi murid dikawal dan difahami. Pengurusan persekitaran sosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Pemahaman guru terhadap perhubungan kelompok etnik dan peranan guru sebagai ajen pembinaan perpaduan dan integrasi nasional akan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Pedagogi relevan budaya adalah salah satu pendekatan yang sangat relevan yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang melayani murid pelbagai etnik. Selain itu aspek penilaian berasaskan budaya juga perlu difahami oleh guru dalam memastikan bahawa guru mampu menjalankan penilaian yang praktikal kepada murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya.
Rumusan
11:48 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment